Assalamualaikum.
Salam maghrib.
dah solat belum semuanya? 😉
entah kenapa malam ni terasa nak blogging.
sayu je rasa
overthinking manjang.
nak teriak pon ada la ni 😣
mungkin pasal stress, busy nervous bagai dengan lesson practice.
Allah. Mudahkan lah semuanya
entry kali ni terasa nak bercerita tentang mak, abah & family
okay fine. lagi sekali rasa nak teriak!
mak................ 😭😭😭
angah sedih.
hahahaha. tetiba kan
korang boleh bayang tak
betapa besarnya pengorbanan mak abah korang?
mak abah aku....
banyak sangat berkorban untuk anak anak dia
terlalu banyak
umur dah 50+
masih bekerja, masih berniaga cari duit lebih
untuk sapa?
untuk senang anak2
sentiasa fikir nak bawak anak2 bercuti mana
tak pernah tak susah hati kalau anak2 susah
even ada anak dah kahwin pon,
masih terfikir terisau kan anak.
alahai..
untungnya kami ni
masa sekolah dulu
strugglenya mak abah cari duit untuk beli barang sekolah setiap hujung tahun
tapi budak kan masa tu
nak fikir apa
tak fikir apa pon, tetap nampak mak abah susah hati duit short nak beli barang.
masuk diploma
hampir tiap minggu mak abah masuk duit dalam account expecially masa busy buat assignment.
nak print bagai kan
tak tiap minggu, confirm setiap sebulan sekali diorang transfer duit.
zaman degree
3 semestar pertama, takde duit.
elaun tak masuk lagi
bergantung kat mak abah juga
Allah.
malah masa dah dapat elaun, kalau balik rumah weekend
masih mak abah hulur
2017 - zaman kerja
alhamdulillah
masa ni nak kata stabil sangat pon tak juga
tapi tak bergantung dengan mereka dah
dah tetapkan dalam hati, tiap bulan tak nak miss transfer duit untuk diorang dan alhamdulillah. tercapai ❤
sikit je pon, tapi kadang bila mak abah nampak anaknya sesak
dipesan pula tak payah transfer pon tak pe
siap dihulur lagi duit untuk aku. 😭
duit masih di transfer, tapi duit dihulur tetap diterima. haha
alahai.
duit minyak katanya
sayang nya kat diorang. dan sayangnya mereka pada kami
hujung tahun 2017,
dapat offer masuk ciast
which means sambung belajar balik
buat kursus untuk certified jadi pengajar.
yang juga bermakna
akan kembali menyusahkan mereka
masa tu, berbolak balik sangat
memang dah set dalam hati
nak tolak ciast
tapi bila fikir future
bila berbincang
dan diorang pon sokong untuk terima ciast
aku masuk
boleh bayang.
umur kau 26 tahun
dan kau masih bergantung pada mereka
sedangkan kebanyakan pada usia kau
sudah menggembirakan ibu bapa mereka
pergi kedai makan, groceries, holiday
masih mereka yang keluarkan duit bayar
malu
segan
sedih
mahu tak rasa nak teriak kalau dah begini kan
Azam aku.
Aku nak hidup yang senang
Supaya senang aku nak senangkan mak abah aku
Supaya senang aku balas jasa mereka
azam aku juga
untuk menjadi manusia yang lebih baik
supaya bukan aku jadi punca menarik mereka ke neraka
biar aku jadi punca mereka ke Syurga
InshaAllah.
akan datang. tak lama dah 💗
Ya Allah. Bahagiakan lah ibu bapa ku sepertimana mereka bahagia kan aku.