Friday 16 August 2019

Arisha Hayfa's: Labour Journey


Assalamualaikum

Hai folks
After more than year tak update blog, somehow today i got mood to do some story about my precious daughter. what! daughter? hahaha. yeah. over the time, i've been married, pregnant and given birth.

Okay. sebab hari ni fokus nak cerita pasal pengalaman bersalin. lets focus on that only! cerita lain kita buat entry lain

Today Hafya dah 32 hari.
I have given birth on 16 July 2019; Tuesday at 3.21 pm Hospital Selayang with 3.32 kg weight.

Has I had smooth labour journey? kind off. why? sakit weh! sakit sangat sangat. sampai sekarang trauma. hahaha. sepatutnya aku punya estimated due date (edd) 14 july based on my first day of my last period tapi nurse salah kira so dia tulis edd aku 16 july kat buku pink. disebabkan aku kena diabetes masa pregnant, aku tak boleh overdue. so.....

Pagi Isnin 15 july pukul 11.am aku dah serah diri kat hospital selayang dengan arif. Check jantung, contraction, gerak baby dan bukaan semua finally doc decide untuk induce untuk percepatkan bukaan. Masa serah diri tu bukaan baru 1 cm, contraction pon dah ada tapi aku tak sakit langsung. bangga je masa tu tak tahu lepas tu akan merana dengan rananya. pukul 1 pm doc induce dengan masukkan belon kat dalam. aku baru tahu induce ada dua jenis and both ada same purpose which untuk bantu buka bukaan. orang kata induce masuk ubat lagi sakit dari guna belon. oh no! i object!

Image result for induce belon
induce guna belon

bayangkan betapa tak selesanya aku dengan tiub nya tergantung between your leg lepas doc masukkan belon. doc akan cabut belon within 24 hours kalau dia tak terjatuh sendiri. dalam setengah jam lepas procedure ni aku dah start rasa sakit sikit2. dia macam period pain which sakit kat bahagian pinggang dan ari2 kau tapi sakit yang perlahan. masa tu tak boleh nak masuk wad lagi sebab wad penuh so aku layan lah sakit tu kat halway depan bilik bersalin. makin lama makin intense sakit dia tapi masih boleh tahan.

senyum dalam sakit

Maghrib baru dapat masuk wad. so dari pukul 1 pm sampai 7 pm tu aku menahan sakit kat kerusi je lah. dah lah makin lama makin sakit tapi boleh tahan lagi. siap sembang2, senyum gelak semua siap fikir oh kalau macam ni lah rasa contraction boleh lah bersalin tiap tahun, hahaha. sebab waktu melawat dah habis, arif mak abah balik. aku rehat sambil layan sakit. dalam 11.30 tu aku dah start sakit double period pain dalam 10 minit sekali. rasanya kurang 10 minit pon ada jugak memang tak tidur malam tu sebab sakit kuat. text arif mengadu sakit sangat tak boleh tidur tak boleh tahan sakit. jadi malam tu aku tidur tak tidur ditemani bunyi baby menangis. masa tu siap terfikir esok macam mana nak jaga baby dah lah sakitnya lagi nanti baby plak meragam menangis dengan aku2 nak menangis masa tu.

pukul 4.30 am aku dah tak tahan sakit sangat so bangun dari katil cari nurse minta ubat tahan sakit. doc datang check bukaan masa tu baru 3 cm dia pon bagi ubat tahan sakit. ubat tu memang buat mengantuk tapi tak membantu utk tahan sakit. masa tak sakit memang aku tidur tapi once sakit datang confirm aku terjaga. nasib baik masa tu sakit dalam 10 minit sekali so boleh tidur lagi lah

tepat 6.57 am air ketuban aku pecah. aku terasa benda pop kat dalam tu then terasa air suam suam panas mengalir kt kaki lencun habis lah katil. aku bangun cari nurse and inform air ketuban pecah dia suruh aku balik katil tunggu doc datang. dalam 7.30 am macam tu datang check bukaan sayangnya masih 3 cm. masa air ketuban pecah tu 5 minit hilang sakit, lega sangat rasa. lepas tu sakit dia datang berganda ganda dari malam tadi dan kerap 5 minit sekali sakit. tahap nak makan langsung tak boleh, nak bangun pergi tandas tak boleh nak buat apa tak boleh. tunggu je masa berlalu dengan cepat nak arif datang. malam sakit aku masih mampu berzikir Lailahailla'antasubhanakainitikuntuminazalimin, masuk je siang tu aku cuma mampu sebut Allah Allah Allah tak mampu buat apa. to be frank aku siap meraung dalam wad tu kot. sungguh kuat sampai satu wad tu suara aku je dengar. cuma bukanlah meraung tak tentu hala, bila sakit datang aku sebut "Allah......sakitnya Allah..." kadang terpanggil mak bila sakit sangat punya lah mengharap ada yang teman masa sakit tu. Ada akak tu siap cakap kat aku "semalam akak menangis dengar awak meraung macam tu sebab sakit sangat, akak tengok awak pon memang sakit betul". nurse pula kesian sangat tengok aku siap cakap "saya kesian tengok awak ni, tapi itulah awak memang akan sakit sampailah bersalin. sabar ye nanti masuk labour room awak minta epidural".

pukul 10 am ada doc round check katil ke katil. masa kat katil aku dia check bukaan unfortunately masih 3 cm. she decided to keluarkan belon tu and monitor. aku tanya boleh tak nak ubat tahan sakit lagi sebab before tu aku ada minta kat trainee doc tapi diorang tak bagi risau aku tak larat teran anak nanti. doc tu kata boleh sebab ubat boleh cucuk lagi after 4 hours and dia kesian sangat tengok aku suruh aku berzikir doa nabi yunus tu. masih ubat tu function bila sakit hilang je once sakit datang aku akan terjaga dan meraung Allah. ada nurse siap jenguk bila dia rasa dah lama sangat aku senyap. hahahaha. macam mana aku tahu aku sakit 5 minit sekali? depan aku ada jam setiap kali aku terbangun confirm aku tengok jam tu so ngam 5 minit sekali aku terjaga sebab sakit. nak dekat jam 

12 pm sakit aku lagi intense dan makin kerap which is seminit sekali. so aku tak sempat rehat pon sepanjang masa menahan sakit. masa tu bukaan dah 6 cm tapi tak boleh tolak labour room lagi sebab penuh and diorang cakap labour room kosong untuk bukaan 10 cm je. lagi lah aku menangis. hahaha. 12 pm lebih arif sampai tapi jujur sebenarnya tak membantu pon kurangkan sakit. cuma lega kali ni aku tak sakit sorang2 dah arif temankan. to have your husband or your mother by your side is really helping for you going through those journey.

1 pm macam tu nurse tolak pergi labour room walaupun bukaan masih 6 cm. Alhamdulillah arif dapat teman isteri dia ni sekali dalam bilik bersalin. Dalam bilik bersalin macam tu aku nak sangat2 minta epidural tapi aku lupa nama dia. nak minta ubat tahan sakit lagi tak lepas sebab baru dapat pukul 10am tadi so tak lepas 4 jam lagi. dalam pukul 2 macam tu baru ingat nama dia epidural so tanya lah doc boleh tak nak ambil epidural tu? malangnya tak lepas sebab dia kata aku dah terlalu sakit and aku tak boleh duduk diam meanwhile untuk ambil epidural kena duduk diam2 sebab nak cucuk kat belakang dan takut terkena saraf. masa tu setiap kali doc datang untuk check bukaan rasa tak sabar sangat nak tahu boleh bersalin ke belum. First nurse check kata bukaan dah 7 cm tak sampai setengah jam trainee doc check kata bukaan dah 8 cm then dalam setengah jam lagi datang pula doc pakar check kata bukaan baru 6 cm. dengar je 6 cm tu terus rasa lemah semangat nak menangis sebab sakit sangat sangat. time tu dah loss dah pukul berapa apa semua yang tahu nak bersalin cepat je. yang lagi lemahnya bila diorang seluk tapi tak rasa kepala baby lagi.


sis otw labour room


pas masuk suami

sebenarnya masa kat wad start seminit sekali sakit tu aku dah meneran sampai kena marah dengan nurse teran sebelum masa katanya nanti kepala anak bengkak, nanti lonjong takpun dapat komplikasi lain. aku sedar apa nurse cakap tu aku ingat and aku pon risau apa2 jadi kat baby masalahnya benda tu automatik terteran. aku dah tahan jangan teran, arif pon dok remind kata jangan teran tapi entahlah kenapa teran juga. maybe masa teran tu rasa kurang sakit kot aku pon tak pasti. kat bilik bersalin tu pon sama aku teran juga sampai kena marah dengan nurse lagi.sebab sakit aku siap dah fikir nak minta czer je kat doc tapi bila fikir fikir aku dah tahan contraction ni punyalah lama takkan nanti nak tanggung sakit czer pula. orang kata czer ni sakit lepas bersalin dia teruk lagi dari normal terus tak jadi minta. hahaha. macam lah kalau minta boleh dapat.

tak lama lepas doc pakar cakap aku baru 6 cm tu ada sorang nurse ni masuk marah sebab aku teran2 then dia suruh aku kangkang dan cakap "takpe, mari saya tolong awak bersalin awal. awak sakit sangat kan". aku ingat dia main2 rupanya dia memang tolong aku bersalin. dia bukakan kaki aku luas luas then suruh aku teran setiap kali sakit perut. masa tu bukan je sakit perut, satu badan aku rasa sakit. aku main teran je sambil ingat semua tips yang pernah dibaca. jangan angkat bontot nanti koyak, jangan jerit nanti hilang tenaga and so on. masa teran tu tak rasa langsung nak keluarkan baby sedangkan nurse cakap dah nampak rambut bayi. panggil arif datang tengokkan lagi tu sebab aku tak percaya hahaha. cemana nak percaya kalau rasa macam teran kosong je. then ada sorang lagi nurse masuk bantu nurse tu. semua suruh aku teran cepat takut baby lemas. then ada trainee doc, doc pakar dengan nurse masuk. that time ada yang bagi moral support, ada yang tolak perut and so on. disebabkan aku tak makan langsung, i lost my energy tak larat nak meneran dah. i almost gave up and almost fall asleep masa meneran. penat dan takde tenaga. tak kisah dah if they want to vacuum or forcep or emergency czer. masa tu telinga dengar arif panggil suruh bangun, nurse tepuk2 suruh jangan mengalah, doc bagi moral support and everything. dalam pada penat tu aku terasa digunting and worse is aku dengar orang yang gunting aku tu kata gunting tu tumpul dah tu ada pula yang tanya nak tukar gunting lain tak but she said its okay. terasa setiap daging dirabak masa tu.so i continue teran sampai rasa kepala baby keluar tapi masih perlu usaha untuk keluarkan bahu baby pula. i did my final teran all out then suddenly aku dengar bunyi baby menangis. halus je. halus sangat dia menangis. perasaan masa tu MashaAllah, aku kagum, aku syukur semua selamat. not too long doc letak baby atas dada, masa skin to skin session to terus baby senyap tak menangis. mata dia terbuka luas bulat je terkedip kedip. comel sangat! arif iqamat baby masa tu juga, aku syahdu nak nangis.

ingat dah selesai semua boleh balik wad rehat dah pasai aku mengantuk sangat baru terasa kesan painkiller tadi. . nurse inject bius then jahit. aku ingat tak sakit langsung rupanya yang dia bius tu untuk luka dalam je, bahagian kulit dia jahit hidup hidup which setiap kali dia jahit tu aku rasa sakitnya. cuma mampu tarik nafas dalam untuk tahan sakit. selesai semua nurse suruh rehat jap dalam labour room tu kejap before hantar balik ke wad. dalam mengantuk aku rasa dahaga sangat tapi tahan je tak sabar nak balik wad.

keluar labour room, mak abah dah sampai tunggu kat luar dengan arif sekali sama sama gerak ke wad. malam tu aku risau sangat takut baby meragam macam baby semalam menangis tak henti. dah lah private part tu sakit lagi kesan kena jahit. baring sakit, duduk sakit, jalan sakit nak buat apa pon payah. Alhamdulillah anak mama behave sangat2. tak menangis langsung. tak meragam. baik je. doc datang cucuk pon elok je dia kebil2 tak keluar suara. syukur Allah senangkan sangat urusan aku jaga baby sampai discharge esoknya.

Tiada penerangan foto disediakan.
Arisha Hayfa binti Muhammad Arif Irfan

cukup 44 hari mama tunjuk muka hayfa ye. hayfa ni putih merah sangat dengan mata bulatnya dah tu rambut lebat. yes, i fall in love with you sayang.

maksud nama Arisha Hayfa: berpewatakan tinggi/mulia dan lembut suaranya. ye, memang suara hayfa lembut sangat senang mama jaga. sekarang anak mama ni dah cerdik banyak akal suka mama tengok bulat mama ni. dan nama arisha juga mama abah dah guna lama dah as our name. yela dulu dulu couple kan suka gabung nama ni. arif + shafa = arisha. patutnya aku taknak guna nama arisha ni sebab ada huruh R kan tapi dah arif nak juga, sis pon beralah. sorry ye anak mama, mama memang takkan mampu sebut nama awak dengan betulnya. haha

finally habis cerita pengalaman bersalinkan hayfa. mama simpan dalam blog ni biar sampai ketua mama ingat. Inshaallah ada rezeki mama nak buat entry pasal hayfa kena severe jaundice pula. ingat nak gabung dengan entry ni tup tup panjang sangat pula. till next time ya! 

p/s: a night before serah diri kat hospital sempat layan spiderman far from home.

me and my ex boyfriend.

Sunday 25 March 2018

Mak, Abah & Family

Assalamualaikum.

Salam maghrib.
dah solat belum semuanya? 😉

entah kenapa malam ni terasa nak blogging.
sayu je rasa
overthinking manjang.
nak teriak pon ada la ni 😣
mungkin pasal stress, busy nervous bagai dengan lesson practice.
Allah. Mudahkan lah semuanya

entry kali ni terasa nak bercerita tentang mak, abah & family
okay fine. lagi sekali rasa nak teriak!
mak................ 😭😭😭
angah sedih.
hahahaha. tetiba kan

korang boleh bayang tak
betapa besarnya pengorbanan mak abah korang?
mak abah aku....
banyak sangat berkorban untuk anak anak dia
terlalu banyak

umur dah 50+
masih bekerja, masih berniaga cari duit lebih
untuk sapa?
untuk senang anak2

sentiasa fikir nak bawak anak2 bercuti mana
tak pernah tak susah hati kalau anak2 susah
even ada anak dah kahwin pon,
masih terfikir terisau kan anak.
alahai..
untungnya kami ni

masa sekolah dulu
strugglenya mak abah cari duit untuk beli barang sekolah setiap hujung tahun
tapi budak kan masa tu
nak fikir apa
tak fikir apa pon, tetap nampak mak abah susah hati duit short nak beli barang.

masuk diploma
hampir tiap minggu mak abah masuk duit dalam account expecially masa busy buat assignment.
nak print bagai kan
tak tiap minggu, confirm setiap sebulan sekali diorang transfer duit.

zaman degree
3 semestar pertama, takde duit.
elaun tak masuk lagi
bergantung kat mak abah juga
Allah.
malah masa dah dapat elaun, kalau balik rumah weekend
masih mak abah hulur

2017 - zaman kerja
alhamdulillah
masa ni nak kata stabil sangat pon tak juga
tapi tak bergantung dengan mereka dah
dah tetapkan dalam hati, tiap bulan tak nak miss transfer duit untuk diorang dan alhamdulillah. tercapai ❤
sikit je pon, tapi kadang bila mak abah nampak anaknya sesak
dipesan pula tak payah transfer pon tak pe
siap dihulur lagi duit untuk aku. 😭
duit masih di transfer, tapi duit dihulur tetap diterima. haha
alahai.
duit minyak katanya

sayang nya kat diorang. dan sayangnya mereka pada kami

hujung tahun 2017,
dapat offer masuk ciast
which means sambung belajar balik
buat kursus untuk certified jadi pengajar.
yang juga bermakna
akan kembali menyusahkan mereka
masa tu, berbolak balik sangat
memang dah set dalam hati
nak tolak ciast
tapi bila fikir future
bila berbincang
dan diorang pon sokong untuk terima ciast
aku masuk

boleh bayang.
umur kau 26 tahun
dan kau masih bergantung pada mereka
sedangkan kebanyakan pada usia kau
sudah menggembirakan ibu bapa mereka

pergi kedai makan, groceries, holiday
masih mereka yang keluarkan duit bayar
malu
segan
sedih
mahu tak rasa nak teriak kalau dah begini kan

Azam aku.
Aku nak hidup yang senang
Supaya senang aku nak senangkan mak abah aku
Supaya senang aku balas jasa mereka
azam aku juga
untuk menjadi manusia yang lebih baik
supaya bukan aku jadi punca menarik mereka ke neraka
biar aku jadi punca mereka ke Syurga
InshaAllah.
akan datang. tak lama dah 💗

Ya Allah. Bahagiakan lah ibu bapa ku sepertimana mereka bahagia kan aku.




Monday 9 October 2017

Tips Exam Online SPA. 😉

Assalamualaikum.



Di hening pagi, rasa sayang rasa rindu membuak.
Petang menjelma, semua rasa hampir lenyap.

Ehh.. sempat lagi bermadah. Hahaha


Hai guys.
For first time kot aku nak share benda yang bermanfaat sikit. Kot... Rasa selama ni post lagi lah manafaat kan. Entry2 yang kena hide tu, lagi lah. Nauzubillah bacanya. Hahaha. Sumpah rasa nak ketuk diri 😂

Sebenarnya nak kata tips sangat pon tak boleh jugak. Anggaplah ini satu coretan pengalaman dari aku yang telah menghadap 2 online test SPA. Okay sebenarnya satu je. LHDN 20 september ritu je. Lagi satu Pegawai Kapal Terbang ke apa tah 3 October. Yang hat ni tolong member. Apa best weh. Hahaha

Btw, untuk exam online LHDN dia ada 3 bahagian.
Bahagian A - Pengetahuan Am
Bahagian B - Daya Menyelesaikan Masalah.
Bahagian C - Pemahaman Malay & English

Untuk bahagian A, nescaya sepanjang korang jawab korang akan beranggapan bawahasanya korang ni rakyat zimbabwe 😂
B plak, more on creativity and mathematics. Quite tricky soalan dia.
And C, lebih kurang PMR SPM dulu. Dia bagi text essay, kita kena jawab in objektif.

Then for kapal terbang test, hahahaha. Kapal terbang sngt kan. Dia ada 2 bahagian je which is sama dengan LHDN. Tapi soalan dia lagi susah dari LHDN. Dia tanya pasal boeing2 tu bagai kot. Giler kau. Hahaha. Tapi best.


Okay so now, for the tips.

1) Mozilla Firewall
Eh yeke gitu nama dia? Sorry makin tua makin cepat lupa. Tapi nasib maintain comel. 😅
Anak anak sekalian, ingat ye. Penting ni. Hari tu pihak SPA takde remind kena jawab guna mozilla. So semua masing2 bantai pakai google. Selamanya google. Setiaku padamu google. Akhirnya kami tertawa kerana semua fail 😂
Ye total dalam 11 ke 12 orang tah geng2 terdekat yang dapat offer hadap online test ni. End up seketul pon xde yang pass. Takziah semuanya.
So salah satu tips orang yg lulus yang aku sempat usyar rupanya deme jawab guna mozilla. Ingat k. Penting ni. Sebab tu jadi point no 1. Kau jawab guna google, selamat lah kau berperang dengan masa stuck, dah jawab tapi jawapan tak detect, dah jawab column dah hijau end up rupanya kosong takde jawapan. Dan sebagainya.
Tapi nak expect apa kan. Total dalam 50k candidates jawab test dalam satu masa.
Redha je lah masa tu.


2) Kawan dan Google
 Okay. Marah2 kat google pon still nak guna khidmat dia kan. Pening kau sha. 😎
Sebaiknya kau kumpul lah geng untuk jawab sekali, dan juga kumpul juga lah geng yang tak join exam tu. Masa ni lah kau boleh gunakan kawan sepuasnya. Masa ni kau tahu sapa kawan sapa lawan. Mana taw tiba2 dia dah lama tak puas hati tupp bagi jawapan salah kan. Mana tahu...
Cara caranya, once start je exam, sapa2 yang x amek exam tu amek lah gambar soalan 1,2,3,4..... Dan boleh lah google jawapan sementara kau struggle dengan soalan2 seterusnya. Jangan lupa geng kau yang jawab exam sekali tu. Soalan sama, cuma dia rotate tempat je. Havoc weh masa tu. Syok. Hahaha.
Soalan mathematic pon sama okay, hat ni lah hg boleh dengar member hang sumpah seranah soalan putar kepala 180 darjah. Hahaha. Soalan senang je, tapi dia punya tricky sampai kau rasa nak muntah.
Prepare calculator dan kertas kosong okay anak2.
Untuk bahagian C, total essay dia bagi 4. 2 malay, 2 omputih. Soalan semua sama. So kau pandai2 lah kongsi dengan kawan2 yang jawab sekali masa tu. Sorang fokus satu essay, then share jawapan. Jangan kedekut k.


3) Laptop, PC dan Wifi
Pastikan segala connection korang clear okay. Takde sangkut takde apa. Menangis tak berlagu nanti. Jawab kat CC pon okay, tapi kau tak boleh beria bangun lari sana lari sini tiru jawapan orang lah. Eh! Tiru plak. Share lah. Share. Hahaha

Calculator is a must!
Pensil.
Dan kertas kosong untuk kau conteng.

Rasanya ni je kot yang penting. Tadi mula2 buat entry rasa macam ada 10 tips nak bagi, tiba2 jadi 3 je. Errkkk.

Yang penting usaha dan tawakal. Sekarang ni bukan macam dulu. Terlalu ramai yang berpusu nak join goverment. So jangan terlalu mengharap. Expect je for the worst. Tapi usaha biar the best.

Last but not least. Good Luck calon2 akan datang sekalian. Inshaallah tak banyak sikit ini boleh bantu korang hadap exam. 😉 Amin

Btw, Inshaallah nanti aku pergi Interview kat CIAST utk amek course VTO dia. Sijil untuk jadi pengajar kemahiran. Mana tahu ada rezeki jadi cikgu plak kan. Dan mungkin next post aku akan cerita perjalanan IV tu k.

And next post nanti aku up gambar contoh soalan Exam hari tu. Nak up sekarang tak boleh pasai aku update entry pakai phone je. Punya lah berkobar kan. Hahaha. K sebenarnya bosan.

Till next post guys.

😉

Hai. Boney leka makan ayam goreng


Hmm. Tak tahu kenapa gambar lama je boleh add masuk dari phone. Aihh. Malas nak godek. So tunggu entry seterusnya k.

Hugs and kisses untuk yang halal je k. Haha

Assalamualaikum 😊

Tuesday 12 September 2017

Benci dan Sayang

Assalamualaikum.

Hai semua. 😉


Sayang dan benci. Dua benda synonim dalam kehidupan kita kan.
Bukan wujud dalam percintaan sahaja.
Tapi almost everything.
Kehidupan harian
Kerja
Belajar
Holiday
Masa lalu
Masa depan

Pernah dengar ayat
"Jangan terlalu benci nanti sayang, dan jangan terlalu sayang kerana ia boleh berubah menjadi benci"

To be honest, it's true. 

Benci
Kadang kita benci sampai kita mengata. Tapi kita lupa benda yang kita benci tu juga mungkin satu benda yang akan kita buat.
Masa tu nak kata apa? Kita je yang tahu, tapi takkan tak malu dengan diri sendiri kan. Beria kau pum pam pum pam kata "i hate this, i hate that, why they do it, don't they have any manners, can't they think?" End up 3 tahun kemudian, kau berada di situasi yang mana it turn out you are the person you hate before. Kalau kau pum pam sendiri sorang dalam hati, kau bernasib baik sebab kau je yang tahu. Tapi kalau yang jenis all out semua kat orang, through socmed.. weh, trust me. Masa tu orang yg benci kau gonna used that chance to humiliate you. They just wait for the right time. Itu je. Muncul berita tangkap basah kat feed fb, kau lah keyboard warrior teragung tembak orang. Mengata no satu. Tiba2 esok, muncul berita yang sama tapi engkau lah heronya. Auch. Mana nak lari weh? You hate betrayal, but you yourself betrayed. Tak suka boleh, benci boleh. Tapi jangan terlebih. Cause it tend you to make you act stupid. It tend to make you exposed yourself out in a bad way. Benci biar cukup tertahan dalam hati, cukup antara diri sendiri. Paling lebih cuma dengan org yang kau percaya. Sebab bila satu masa kau ialah orang yang kau benci, no one will know about it. Yes akan ada orang mengata, akan ada orang ketawa. Tapi itu cuma kerana kesilapan kau. Bukan campur dengan kebodohan kau dahulu.


Sayang.
Jangan terlalu sayang, takut bila terlepas kau sakit. Jangan terlalu sayang sampai memalukan diri sendiri. Siapa kata sayang sesama manusia, sesama benda akan berkekalan. Kalau tak kenapa wujudnya term "clash, cerai, hancur, musnah." Hari ni kau beli iphone 7, kau sayang giler kot. Mahu tak sayang, harga beriban kan. Tahun depan elok je kau let go benda yang kau sayang sangat tu. Semata nak iphone 8. People tend to after better things. Jangan tipu. Kau manusia, kau tahu. Senyap sendiri dengan kejahilan diri. Jangan tunjuk. Kau bercinta, sayang tahap exposed segalanya kat social media. Once ada orang kacau partner kau, habis kau maki hamun keluar perkataan yang menggambarkan kau seorang manusia tidak punya harga diri, yang menunjukkan murahnya kau. End up 3 tahun kemudian kau putus. Trust me, orang yang kau hina tu seronok sangat gelakkan kebodohan kau. Seronok sebab dia tak perlu buat apa apa untuk jatuhkan maruah kau. You did it yourself. They claimed they love you, love you dearly. But by time you are at the worst part of your life, they left. Ye, itulah sayang antara manusia. Not all, yet almost. Jangan terlalu percaya, kelak dia yang dihadapan ketawakan kau.


Benci dan Sayang.


Sha.😉
6.01pm