Monday, 9 October 2017

Tips Exam Online SPA. 😉

Assalamualaikum.



Di hening pagi, rasa sayang rasa rindu membuak.
Petang menjelma, semua rasa hampir lenyap.

Ehh.. sempat lagi bermadah. Hahaha


Hai guys.
For first time kot aku nak share benda yang bermanfaat sikit. Kot... Rasa selama ni post lagi lah manafaat kan. Entry2 yang kena hide tu, lagi lah. Nauzubillah bacanya. Hahaha. Sumpah rasa nak ketuk diri 😂

Sebenarnya nak kata tips sangat pon tak boleh jugak. Anggaplah ini satu coretan pengalaman dari aku yang telah menghadap 2 online test SPA. Okay sebenarnya satu je. LHDN 20 september ritu je. Lagi satu Pegawai Kapal Terbang ke apa tah 3 October. Yang hat ni tolong member. Apa best weh. Hahaha

Btw, untuk exam online LHDN dia ada 3 bahagian.
Bahagian A - Pengetahuan Am
Bahagian B - Daya Menyelesaikan Masalah.
Bahagian C - Pemahaman Malay & English

Untuk bahagian A, nescaya sepanjang korang jawab korang akan beranggapan bawahasanya korang ni rakyat zimbabwe 😂
B plak, more on creativity and mathematics. Quite tricky soalan dia.
And C, lebih kurang PMR SPM dulu. Dia bagi text essay, kita kena jawab in objektif.

Then for kapal terbang test, hahahaha. Kapal terbang sngt kan. Dia ada 2 bahagian je which is sama dengan LHDN. Tapi soalan dia lagi susah dari LHDN. Dia tanya pasal boeing2 tu bagai kot. Giler kau. Hahaha. Tapi best.


Okay so now, for the tips.

1) Mozilla Firewall
Eh yeke gitu nama dia? Sorry makin tua makin cepat lupa. Tapi nasib maintain comel. 😅
Anak anak sekalian, ingat ye. Penting ni. Hari tu pihak SPA takde remind kena jawab guna mozilla. So semua masing2 bantai pakai google. Selamanya google. Setiaku padamu google. Akhirnya kami tertawa kerana semua fail 😂
Ye total dalam 11 ke 12 orang tah geng2 terdekat yang dapat offer hadap online test ni. End up seketul pon xde yang pass. Takziah semuanya.
So salah satu tips orang yg lulus yang aku sempat usyar rupanya deme jawab guna mozilla. Ingat k. Penting ni. Sebab tu jadi point no 1. Kau jawab guna google, selamat lah kau berperang dengan masa stuck, dah jawab tapi jawapan tak detect, dah jawab column dah hijau end up rupanya kosong takde jawapan. Dan sebagainya.
Tapi nak expect apa kan. Total dalam 50k candidates jawab test dalam satu masa.
Redha je lah masa tu.


2) Kawan dan Google
 Okay. Marah2 kat google pon still nak guna khidmat dia kan. Pening kau sha. 😎
Sebaiknya kau kumpul lah geng untuk jawab sekali, dan juga kumpul juga lah geng yang tak join exam tu. Masa ni lah kau boleh gunakan kawan sepuasnya. Masa ni kau tahu sapa kawan sapa lawan. Mana taw tiba2 dia dah lama tak puas hati tupp bagi jawapan salah kan. Mana tahu...
Cara caranya, once start je exam, sapa2 yang x amek exam tu amek lah gambar soalan 1,2,3,4..... Dan boleh lah google jawapan sementara kau struggle dengan soalan2 seterusnya. Jangan lupa geng kau yang jawab exam sekali tu. Soalan sama, cuma dia rotate tempat je. Havoc weh masa tu. Syok. Hahaha.
Soalan mathematic pon sama okay, hat ni lah hg boleh dengar member hang sumpah seranah soalan putar kepala 180 darjah. Hahaha. Soalan senang je, tapi dia punya tricky sampai kau rasa nak muntah.
Prepare calculator dan kertas kosong okay anak2.
Untuk bahagian C, total essay dia bagi 4. 2 malay, 2 omputih. Soalan semua sama. So kau pandai2 lah kongsi dengan kawan2 yang jawab sekali masa tu. Sorang fokus satu essay, then share jawapan. Jangan kedekut k.


3) Laptop, PC dan Wifi
Pastikan segala connection korang clear okay. Takde sangkut takde apa. Menangis tak berlagu nanti. Jawab kat CC pon okay, tapi kau tak boleh beria bangun lari sana lari sini tiru jawapan orang lah. Eh! Tiru plak. Share lah. Share. Hahaha

Calculator is a must!
Pensil.
Dan kertas kosong untuk kau conteng.

Rasanya ni je kot yang penting. Tadi mula2 buat entry rasa macam ada 10 tips nak bagi, tiba2 jadi 3 je. Errkkk.

Yang penting usaha dan tawakal. Sekarang ni bukan macam dulu. Terlalu ramai yang berpusu nak join goverment. So jangan terlalu mengharap. Expect je for the worst. Tapi usaha biar the best.

Last but not least. Good Luck calon2 akan datang sekalian. Inshaallah tak banyak sikit ini boleh bantu korang hadap exam. 😉 Amin

Btw, Inshaallah nanti aku pergi Interview kat CIAST utk amek course VTO dia. Sijil untuk jadi pengajar kemahiran. Mana tahu ada rezeki jadi cikgu plak kan. Dan mungkin next post aku akan cerita perjalanan IV tu k.

And next post nanti aku up gambar contoh soalan Exam hari tu. Nak up sekarang tak boleh pasai aku update entry pakai phone je. Punya lah berkobar kan. Hahaha. K sebenarnya bosan.

Till next post guys.

😉

Hai. Boney leka makan ayam goreng


Hmm. Tak tahu kenapa gambar lama je boleh add masuk dari phone. Aihh. Malas nak godek. So tunggu entry seterusnya k.

Hugs and kisses untuk yang halal je k. Haha

Assalamualaikum 😊