Tuesday, 12 September 2017

Benci dan Sayang

Assalamualaikum.

Hai semua. 😉


Sayang dan benci. Dua benda synonim dalam kehidupan kita kan.
Bukan wujud dalam percintaan sahaja.
Tapi almost everything.
Kehidupan harian
Kerja
Belajar
Holiday
Masa lalu
Masa depan

Pernah dengar ayat
"Jangan terlalu benci nanti sayang, dan jangan terlalu sayang kerana ia boleh berubah menjadi benci"

To be honest, it's true. 

Benci
Kadang kita benci sampai kita mengata. Tapi kita lupa benda yang kita benci tu juga mungkin satu benda yang akan kita buat.
Masa tu nak kata apa? Kita je yang tahu, tapi takkan tak malu dengan diri sendiri kan. Beria kau pum pam pum pam kata "i hate this, i hate that, why they do it, don't they have any manners, can't they think?" End up 3 tahun kemudian, kau berada di situasi yang mana it turn out you are the person you hate before. Kalau kau pum pam sendiri sorang dalam hati, kau bernasib baik sebab kau je yang tahu. Tapi kalau yang jenis all out semua kat orang, through socmed.. weh, trust me. Masa tu orang yg benci kau gonna used that chance to humiliate you. They just wait for the right time. Itu je. Muncul berita tangkap basah kat feed fb, kau lah keyboard warrior teragung tembak orang. Mengata no satu. Tiba2 esok, muncul berita yang sama tapi engkau lah heronya. Auch. Mana nak lari weh? You hate betrayal, but you yourself betrayed. Tak suka boleh, benci boleh. Tapi jangan terlebih. Cause it tend you to make you act stupid. It tend to make you exposed yourself out in a bad way. Benci biar cukup tertahan dalam hati, cukup antara diri sendiri. Paling lebih cuma dengan org yang kau percaya. Sebab bila satu masa kau ialah orang yang kau benci, no one will know about it. Yes akan ada orang mengata, akan ada orang ketawa. Tapi itu cuma kerana kesilapan kau. Bukan campur dengan kebodohan kau dahulu.


Sayang.
Jangan terlalu sayang, takut bila terlepas kau sakit. Jangan terlalu sayang sampai memalukan diri sendiri. Siapa kata sayang sesama manusia, sesama benda akan berkekalan. Kalau tak kenapa wujudnya term "clash, cerai, hancur, musnah." Hari ni kau beli iphone 7, kau sayang giler kot. Mahu tak sayang, harga beriban kan. Tahun depan elok je kau let go benda yang kau sayang sangat tu. Semata nak iphone 8. People tend to after better things. Jangan tipu. Kau manusia, kau tahu. Senyap sendiri dengan kejahilan diri. Jangan tunjuk. Kau bercinta, sayang tahap exposed segalanya kat social media. Once ada orang kacau partner kau, habis kau maki hamun keluar perkataan yang menggambarkan kau seorang manusia tidak punya harga diri, yang menunjukkan murahnya kau. End up 3 tahun kemudian kau putus. Trust me, orang yang kau hina tu seronok sangat gelakkan kebodohan kau. Seronok sebab dia tak perlu buat apa apa untuk jatuhkan maruah kau. You did it yourself. They claimed they love you, love you dearly. But by time you are at the worst part of your life, they left. Ye, itulah sayang antara manusia. Not all, yet almost. Jangan terlalu percaya, kelak dia yang dihadapan ketawakan kau.


Benci dan Sayang.


Sha.😉
6.01pm