Thursday, 18 May 2017

My First Discovery Scuba Diving

Assalamualaikum.

Hai All. Grinning Face With Smiling Eyes on Apple

After more than years aku tak update blog. Finally I've got the reason to update. yeay!
so now, while we waiting for tiah habis kerja. let me story my first SCUBA DIVING experience.
syok bak hang.

First of all, lot of thanks to Alumni Unikl for giving us a chance to join this activity. Another great moment was added in my timeline.

Aktiviti ni kitorang buat kat Kampung Salang, Pulau Tioman. First time naik feri jauh giler. Tanjung Gemok - Kampung Salang almost 3 hours. nasib den tak mabuk laut. hahaha
Sampai hari sabtu, relaks2, goyang kaki, pergi dating.. eh! hahaha. sempoi habis lah. rehatkan badan sebab jumaat malam lepas habis kerja terus gerak naik bas kan.

Scuba start hari ahad. So our Instructor name is Rayyan. Manis kot muka dia.. cair je rasa. hahahaha. tapi sebab dah pergi berdua kan. kena la cover. hehe. okay tipu.
Ahad pagi tu group aku first sekali start dalam pukul 9.45 gitu. start lewat sikit sebab rayyan ada client pagi2 buta lagi. hotsuff der dia. hahaha.
Simple briefing by him, explain pasal semua equipment yang penting dan yang kitorang kena alert. also several techniques yang penting. teori je mula2 so aku macam alahh... "senang gila. kacang je tu. setakat nafas ikut mulut tahan hidung. apalahh sangat. small the pieces lah!" Mamat tu siap pesan pasal first important thing is dapatkan rhythm breathing dengan betul. In..... Out... In... Out.... and me at the moment "apa ke hal nak bernafas pon kena ada rhythm bagai. for real?" tapi muka dan mata masih kekal menghadap rayyan. hahahaha. konon fokus. sombong. Orang tu punya lah banyak pengalaman, yang aku boleh plak deny tu deny ni dalam kepala otak. dan kemudian... padan muka! hahaha

dalam setengah jam kemudian, masa ditunggu pon tiba. dengan angkuh nya dalam hati berkata "Okay! aku boleh buat! aku kan suka adventure kemain ni." maka dengan itu pergilah aku memakai segala nenek equipment dia. mula2 pakai weight belt dalam hati dah cakap " peh, okay berat." Then pakai pula vest tank dia tu ke apa tah nama dia, memory ku tak kuat untuk ingat semua nya. Nak google malas. Maaf. Pakai tu kena duduk, so lepas semua dengan semangat aku bangun. Fuhh waktu tu tak tahu la nak describe perasaan dia macam mana. Berat is okay. Aku biasa bawak berat. Tapi bila berat campur sakit sebab dia tekan pinggang aku, den rasa nak nangis kat situ jugak. Tapi aku kan kuat, hahahaha. Layan kan je sakit tu sambil jalan terbongkok bongkok. Tak boleh tegak langsung.

Maka dengan itu kami berjalan menuju laut dengan gagah perkasa, bila air dah cecah pinggang baru aku boleh tegak. Magik kan? Hahaha. Tak payah nak magik sangat, pi belajar teori fizik sains sana k. 😏

Kitorang stop bila air dah cecah dada, pakai mask, pakai regulator. Breath in breath out sikit. Sebab masa tu dah siap2 tekan inflator valve, terapung je la semua kan. Seronok je dah macam snorkel.

The moment dia suruh kitorang angkat tangan kiri tinggi2 sambil tangan ready nak tekan purge valve, aku dah nervouse 😔. Semua tenggelam bila dia bagi arahan tekan button tu. first moment bahagian mask aku masuk air, aku panic. Aku rasa mask bocor padahal mainan perasaan je. Aku rasa ada air dalam hidung. Bila dah cecah dasar, dia suruh fokus untuk bernafas dengan isyarat tangan dia. Breath in breath out. Tapi aku kan panic nervous, tak boleh nak fokus. Lupa segala benda yang dia ajar. Yang aku tahu masa tu nafas aku sangkut. Padahal aku yang tahan nafas. Hahahaha. Dah start sesak nafas, tanpa sedar aku cabut regulator tadi dari mulut lalu dengan itu terkapai kapai lah aku sebijik macam dalam tv bila orang lemas. 😅 Sambil mengharapkan rayyan perasan. Hahahaha. Then dia kan instructor, of course la dia selamatkan aku. Feeling waktu tu uishh rasa macam aku lah snow white yang terjaga bila putera raja cium 😎. Ceh. Hahaha. Tapi aku punya part takde lah cium2 k. Gila kau. Dalam aku terkapai elok je dia datang tekan inflator valve tu biar aku terapung sambil pegang aku. Sempat jugak lah dalam otak aku fikir "ala bongoknya aku, apehal lupa pasal menantang ni. Xde lah aku beria terkapai kapai tadi". 😫

Dah sampai surface, first warning dia bagi. "Jangan sesekali cabut regulator ni! Apa pon jadi jangan cabut!" Aku waktu tu... Oohhh haii. Hensem plak mamat ni sambil cakap " okay, sorry". Hahahaha. K tipu. Mati la nak kalau fikir gitu. 😜
Ijan jangan risau k. Hehe 😘

So inilah First dive aku yang agak dramatik.

Total, 3 percubaan aku perlukan untuk menyelam tanpa perlu timbul kembali ke atas. sakit nak kontrol panic, but at least aku berjaya. hahaha. masa kat bawah tu, rayyan tanya okay ke tak guna hand signal, aku dengan natrah kejap tunjuk okay kejap tunjuk problem. hahaha. pening mamat tu.

ada 3 skills kitorang kena pass before dia bawak kitorang dive area dalam sikit. not sure berapa meter tapi cukup untuk layan coral dengan nemo.

first skills, Breathing Rhythm. hat ni laa paling aku fail sampai kena naik atas 3 kali lah. for real, kalau kau panic plus nervous, keep breathing. jangan jadi macam aku pi tahan nafas. memang menempah lah namanya kan. hahaha.

second skills, Regulator recovery. hat ni aku berjaya buat. tapi perlukan masa. tapi aku berjaya juga dalam sekali percubaan! haha. chaiyok shafa.. ni dia suruh kita cabut regulator dari mulut, lepas kan, dah tu buat technique untuk dapatkan regulator tu balik kat tangan lalu masuk ke dalam mulut. masa tu aku dah macam " gila ke hang, tadi hang pesan jangan buang regulator ni walau apa pon jadi. la ni hang nak aku cabut plak dengan rela hati. uishh. tak rela nok!" tapi sebab dalam air kita tak boleh cakap. aku buat lah juga lepas beberapa kali buat hand signa; kat rayyan " sekejap! i need time. trauma tak habis lagi". hahahaha.

last skills is Mask Clearance. hat ni aku power sebab masa mula mula dive tadi kan panic lah apa lah rasa air masuk mask lah. so awal2 lagi aku dah buat mask clearance ni. first attempt buat memang fail habis lah. air menyerbu masuk mask kot. kau faham menyerbu? apak terkejut. hahaha. tu juga salah satu punca aku perlukan 3 kali percubaan untuk dive.

dan akhirnya sampailah kami ke tempat coral. sumpah cantik! dengan nemo berenang renang lagi. tapi aku ni jenis kena fokus kalau tak aku panic then mesti aku lupa nak bernafas. so setiap kali panic menyerang, aku tekan regulator kat mulut pasai takut aku cabut keluar lagi, duduk diam, dan bernafas. and sebab tu aku tak banyak gambar dalam air, selalu duduk sorang2 cuba fokus nak bernafas. sedih cek.

bagi aku lama juga lah kitorang dive. dari 10.15 gitu sampai 11.30. hat ni termasuk dengan sesi lemas terkapai tadi lah kan. haha.

okay now, enjoy the my moment okay =D
peace beria padahal tahan panic lagi. haha

cuma dalam air mampu berbalet. hik

yang belah kiri hujung tu lah rayyan. hehe. belah kanan sekali tu sayang. eh!



dok tekan regulator takut tercabut keluar lagi sekali. keh keh


alumni Unikl + UKM

coral

bye tioman

dinner with along, friends and love. eh! ada rayyan juga. haha

k jeles, ijan pandai dive





view cantik, gaya tak. hmm

finally! i can breath normally!




after third attempt dive, masih cuba control panic

aku start menaip pukul 6 tadi kat ofis sementara tunggu tiah habis kerja. dan baru habis cerita sekarang 8.20 kat rumah. main sambung menyambung pula kan. haha.

till next time bebeh.
mungkin next entry aku cerita pasal pengalaman snorkelling aku campur pengalaman kena marah dengan ijan kaw2 sebab snorkel. hahaha.

bye. =)

Assalamualaikum.

nota kaki: hai ijan, kita saja je sebut rayyan tu rayyan ni. tapi awak tetap dihati. eceh! hahaha. Thanks for be there while I'm creating this memory. and sorry lupa nak kejut awak pukul 8.00 tadi. kita leka update blog lah. drive safe sayang. hehe.

Kampung Salang,
Pulau Tioman,
13 - 15 May 2017

#RS❤