Tuesday, 12 September 2017

Benci dan Sayang

Assalamualaikum.

Hai semua. 😉


Sayang dan benci. Dua benda synonim dalam kehidupan kita kan.
Bukan wujud dalam percintaan sahaja.
Tapi almost everything.
Kehidupan harian
Kerja
Belajar
Holiday
Masa lalu
Masa depan

Pernah dengar ayat
"Jangan terlalu benci nanti sayang, dan jangan terlalu sayang kerana ia boleh berubah menjadi benci"

To be honest, it's true. 

Benci
Kadang kita benci sampai kita mengata. Tapi kita lupa benda yang kita benci tu juga mungkin satu benda yang akan kita buat.
Masa tu nak kata apa? Kita je yang tahu, tapi takkan tak malu dengan diri sendiri kan. Beria kau pum pam pum pam kata "i hate this, i hate that, why they do it, don't they have any manners, can't they think?" End up 3 tahun kemudian, kau berada di situasi yang mana it turn out you are the person you hate before. Kalau kau pum pam sendiri sorang dalam hati, kau bernasib baik sebab kau je yang tahu. Tapi kalau yang jenis all out semua kat orang, through socmed.. weh, trust me. Masa tu orang yg benci kau gonna used that chance to humiliate you. They just wait for the right time. Itu je. Muncul berita tangkap basah kat feed fb, kau lah keyboard warrior teragung tembak orang. Mengata no satu. Tiba2 esok, muncul berita yang sama tapi engkau lah heronya. Auch. Mana nak lari weh? You hate betrayal, but you yourself betrayed. Tak suka boleh, benci boleh. Tapi jangan terlebih. Cause it tend you to make you act stupid. It tend to make you exposed yourself out in a bad way. Benci biar cukup tertahan dalam hati, cukup antara diri sendiri. Paling lebih cuma dengan org yang kau percaya. Sebab bila satu masa kau ialah orang yang kau benci, no one will know about it. Yes akan ada orang mengata, akan ada orang ketawa. Tapi itu cuma kerana kesilapan kau. Bukan campur dengan kebodohan kau dahulu.


Sayang.
Jangan terlalu sayang, takut bila terlepas kau sakit. Jangan terlalu sayang sampai memalukan diri sendiri. Siapa kata sayang sesama manusia, sesama benda akan berkekalan. Kalau tak kenapa wujudnya term "clash, cerai, hancur, musnah." Hari ni kau beli iphone 7, kau sayang giler kot. Mahu tak sayang, harga beriban kan. Tahun depan elok je kau let go benda yang kau sayang sangat tu. Semata nak iphone 8. People tend to after better things. Jangan tipu. Kau manusia, kau tahu. Senyap sendiri dengan kejahilan diri. Jangan tunjuk. Kau bercinta, sayang tahap exposed segalanya kat social media. Once ada orang kacau partner kau, habis kau maki hamun keluar perkataan yang menggambarkan kau seorang manusia tidak punya harga diri, yang menunjukkan murahnya kau. End up 3 tahun kemudian kau putus. Trust me, orang yang kau hina tu seronok sangat gelakkan kebodohan kau. Seronok sebab dia tak perlu buat apa apa untuk jatuhkan maruah kau. You did it yourself. They claimed they love you, love you dearly. But by time you are at the worst part of your life, they left. Ye, itulah sayang antara manusia. Not all, yet almost. Jangan terlalu percaya, kelak dia yang dihadapan ketawakan kau.


Benci dan Sayang.


Sha.😉
6.01pm

Thursday, 20 July 2017

WHY?

Assalamualaikum.

Hai.

Setiap perjalanan aturan Allah.
Setiap pertemuan perpisahan kerana Allah.

Tapi whatever it is.
Tetap kita soalkan.
Kenapa?

Kenapa ia jadi.
Kenapa tak jadi macam yang dirancang?
Kenapa kita berjumpa
Kenapa kita berpisah
Kenapa sekarang?
Kenapa tak boleh buat?

Jawapan: sebab kita manusia.

Berlawan dengan kata hati, berlawan dengan nafsu, berlawan dengan diri sendiri. Bukan benda mudah.
Logik kata jangan, hati kata buat.
Lagi tak baik, lagi meronta nak juga.

Logik kata, jangan contact, jangan mesej, jangan jumpa. Terima seadanya
Hati sebaliknya.

Bunyi simple.
But we know better.

Good night.
Assalamualaikum

Thursday, 18 May 2017

My First Discovery Scuba Diving

Assalamualaikum.

Hai All. Grinning Face With Smiling Eyes on Apple

After more than years aku tak update blog. Finally I've got the reason to update. yeay!
so now, while we waiting for tiah habis kerja. let me story my first SCUBA DIVING experience.
syok bak hang.

First of all, lot of thanks to Alumni Unikl for giving us a chance to join this activity. Another great moment was added in my timeline.

Aktiviti ni kitorang buat kat Kampung Salang, Pulau Tioman. First time naik feri jauh giler. Tanjung Gemok - Kampung Salang almost 3 hours. nasib den tak mabuk laut. hahaha
Sampai hari sabtu, relaks2, goyang kaki, pergi dating.. eh! hahaha. sempoi habis lah. rehatkan badan sebab jumaat malam lepas habis kerja terus gerak naik bas kan.

Scuba start hari ahad. So our Instructor name is Rayyan. Manis kot muka dia.. cair je rasa. hahahaha. tapi sebab dah pergi berdua kan. kena la cover. hehe. okay tipu.
Ahad pagi tu group aku first sekali start dalam pukul 9.45 gitu. start lewat sikit sebab rayyan ada client pagi2 buta lagi. hotsuff der dia. hahaha.
Simple briefing by him, explain pasal semua equipment yang penting dan yang kitorang kena alert. also several techniques yang penting. teori je mula2 so aku macam alahh... "senang gila. kacang je tu. setakat nafas ikut mulut tahan hidung. apalahh sangat. small the pieces lah!" Mamat tu siap pesan pasal first important thing is dapatkan rhythm breathing dengan betul. In..... Out... In... Out.... and me at the moment "apa ke hal nak bernafas pon kena ada rhythm bagai. for real?" tapi muka dan mata masih kekal menghadap rayyan. hahahaha. konon fokus. sombong. Orang tu punya lah banyak pengalaman, yang aku boleh plak deny tu deny ni dalam kepala otak. dan kemudian... padan muka! hahaha

dalam setengah jam kemudian, masa ditunggu pon tiba. dengan angkuh nya dalam hati berkata "Okay! aku boleh buat! aku kan suka adventure kemain ni." maka dengan itu pergilah aku memakai segala nenek equipment dia. mula2 pakai weight belt dalam hati dah cakap " peh, okay berat." Then pakai pula vest tank dia tu ke apa tah nama dia, memory ku tak kuat untuk ingat semua nya. Nak google malas. Maaf. Pakai tu kena duduk, so lepas semua dengan semangat aku bangun. Fuhh waktu tu tak tahu la nak describe perasaan dia macam mana. Berat is okay. Aku biasa bawak berat. Tapi bila berat campur sakit sebab dia tekan pinggang aku, den rasa nak nangis kat situ jugak. Tapi aku kan kuat, hahahaha. Layan kan je sakit tu sambil jalan terbongkok bongkok. Tak boleh tegak langsung.

Maka dengan itu kami berjalan menuju laut dengan gagah perkasa, bila air dah cecah pinggang baru aku boleh tegak. Magik kan? Hahaha. Tak payah nak magik sangat, pi belajar teori fizik sains sana k. 😏

Kitorang stop bila air dah cecah dada, pakai mask, pakai regulator. Breath in breath out sikit. Sebab masa tu dah siap2 tekan inflator valve, terapung je la semua kan. Seronok je dah macam snorkel.

The moment dia suruh kitorang angkat tangan kiri tinggi2 sambil tangan ready nak tekan purge valve, aku dah nervouse 😔. Semua tenggelam bila dia bagi arahan tekan button tu. first moment bahagian mask aku masuk air, aku panic. Aku rasa mask bocor padahal mainan perasaan je. Aku rasa ada air dalam hidung. Bila dah cecah dasar, dia suruh fokus untuk bernafas dengan isyarat tangan dia. Breath in breath out. Tapi aku kan panic nervous, tak boleh nak fokus. Lupa segala benda yang dia ajar. Yang aku tahu masa tu nafas aku sangkut. Padahal aku yang tahan nafas. Hahahaha. Dah start sesak nafas, tanpa sedar aku cabut regulator tadi dari mulut lalu dengan itu terkapai kapai lah aku sebijik macam dalam tv bila orang lemas. 😅 Sambil mengharapkan rayyan perasan. Hahahaha. Then dia kan instructor, of course la dia selamatkan aku. Feeling waktu tu uishh rasa macam aku lah snow white yang terjaga bila putera raja cium 😎. Ceh. Hahaha. Tapi aku punya part takde lah cium2 k. Gila kau. Dalam aku terkapai elok je dia datang tekan inflator valve tu biar aku terapung sambil pegang aku. Sempat jugak lah dalam otak aku fikir "ala bongoknya aku, apehal lupa pasal menantang ni. Xde lah aku beria terkapai kapai tadi". 😫

Dah sampai surface, first warning dia bagi. "Jangan sesekali cabut regulator ni! Apa pon jadi jangan cabut!" Aku waktu tu... Oohhh haii. Hensem plak mamat ni sambil cakap " okay, sorry". Hahahaha. K tipu. Mati la nak kalau fikir gitu. 😜
Ijan jangan risau k. Hehe 😘

So inilah First dive aku yang agak dramatik.

Total, 3 percubaan aku perlukan untuk menyelam tanpa perlu timbul kembali ke atas. sakit nak kontrol panic, but at least aku berjaya. hahaha. masa kat bawah tu, rayyan tanya okay ke tak guna hand signal, aku dengan natrah kejap tunjuk okay kejap tunjuk problem. hahaha. pening mamat tu.

ada 3 skills kitorang kena pass before dia bawak kitorang dive area dalam sikit. not sure berapa meter tapi cukup untuk layan coral dengan nemo.

first skills, Breathing Rhythm. hat ni laa paling aku fail sampai kena naik atas 3 kali lah. for real, kalau kau panic plus nervous, keep breathing. jangan jadi macam aku pi tahan nafas. memang menempah lah namanya kan. hahaha.

second skills, Regulator recovery. hat ni aku berjaya buat. tapi perlukan masa. tapi aku berjaya juga dalam sekali percubaan! haha. chaiyok shafa.. ni dia suruh kita cabut regulator dari mulut, lepas kan, dah tu buat technique untuk dapatkan regulator tu balik kat tangan lalu masuk ke dalam mulut. masa tu aku dah macam " gila ke hang, tadi hang pesan jangan buang regulator ni walau apa pon jadi. la ni hang nak aku cabut plak dengan rela hati. uishh. tak rela nok!" tapi sebab dalam air kita tak boleh cakap. aku buat lah juga lepas beberapa kali buat hand signa; kat rayyan " sekejap! i need time. trauma tak habis lagi". hahahaha.

last skills is Mask Clearance. hat ni aku power sebab masa mula mula dive tadi kan panic lah apa lah rasa air masuk mask lah. so awal2 lagi aku dah buat mask clearance ni. first attempt buat memang fail habis lah. air menyerbu masuk mask kot. kau faham menyerbu? apak terkejut. hahaha. tu juga salah satu punca aku perlukan 3 kali percubaan untuk dive.

dan akhirnya sampailah kami ke tempat coral. sumpah cantik! dengan nemo berenang renang lagi. tapi aku ni jenis kena fokus kalau tak aku panic then mesti aku lupa nak bernafas. so setiap kali panic menyerang, aku tekan regulator kat mulut pasai takut aku cabut keluar lagi, duduk diam, dan bernafas. and sebab tu aku tak banyak gambar dalam air, selalu duduk sorang2 cuba fokus nak bernafas. sedih cek.

bagi aku lama juga lah kitorang dive. dari 10.15 gitu sampai 11.30. hat ni termasuk dengan sesi lemas terkapai tadi lah kan. haha.

okay now, enjoy the my moment okay =D
peace beria padahal tahan panic lagi. haha

cuma dalam air mampu berbalet. hik

yang belah kiri hujung tu lah rayyan. hehe. belah kanan sekali tu sayang. eh!



dok tekan regulator takut tercabut keluar lagi sekali. keh keh


alumni Unikl + UKM

coral

bye tioman

dinner with along, friends and love. eh! ada rayyan juga. haha

k jeles, ijan pandai dive





view cantik, gaya tak. hmm

finally! i can breath normally!




after third attempt dive, masih cuba control panic

aku start menaip pukul 6 tadi kat ofis sementara tunggu tiah habis kerja. dan baru habis cerita sekarang 8.20 kat rumah. main sambung menyambung pula kan. haha.

till next time bebeh.
mungkin next entry aku cerita pasal pengalaman snorkelling aku campur pengalaman kena marah dengan ijan kaw2 sebab snorkel. hahaha.

bye. =)

Assalamualaikum.

nota kaki: hai ijan, kita saja je sebut rayyan tu rayyan ni. tapi awak tetap dihati. eceh! hahaha. Thanks for be there while I'm creating this memory. and sorry lupa nak kejut awak pukul 8.00 tadi. kita leka update blog lah. drive safe sayang. hehe.

Kampung Salang,
Pulau Tioman,
13 - 15 May 2017

#RS❤

Wednesday, 18 November 2015

pelajar corot dapat DEKAN.

assalamualaikum.

dulu masa tadika sampai darjah dua report card cantik aje. takde lah tahap cemerlang gemilang terbilang, tapi serius pen merah tak de lah nak cium report card kita tu.. balik rumah nak bagi mak abah pon boleh senyum lebar lagi. tapi sayang cerita bahagia ni tak memanjang bahagia je kan. itu lah yang jadi kat sha.. haihh..

masuk je darjah tiga sampai habis sekolah rendah mula lah nampak bayang bayang pen merah cium report card kitaa tu.. mula mula sikit, sha pon redha lah. niat nak bagi report card tu cantik. takde lah satu warna je. senadaa je. dull betul! bosan hambar. hahaha. lama lama nah kau tanpa segan silu peperiksaan awal tahun, tengah tahun mahpun akhir tahun. merah je aku dapat esp bagi subjek math. sungguh out of service betul otak sha bila berkaitan matematik. sudahnya dari kelas ke tiga dari 7 kelas diakhiri dengan kelas ke lima pada hujung hujung nak hanis sekolah rendah tu. masa tu mula lah rasa rendah diri yak mat. senyap aje. tak pandai menyembang. jalan pon tunduk bawah je. bila kena panggil dengan cikgu ke depan mula lah janutung dup dap dup dap terlebih mcm jumpa cinta pertama. hoih! nervous giler. mak abah pon tak expect anak dia ni boleh berjaya dalam mata pelajaran. alhamdulillah UPSR merasa juga lah A. dapat laa kita 2A 3C. mampu lah juga buat mak abah tersenyum sebab mesti diorang tak expect anak dia yang tak pernah lulus ni tapi lulus juga akhirnya. berkat doa mak abah, berkat cikgu cikgu denda jalan itik, lompat katak, berdiri atas kerusi tak cukup kerusi atas meja plak. tak cukup dengan tu kena angkat kerusi letak atas kepala. berdiri depan kelas tak pon pergi lah lari lari anak kat padang sekolah tu. hahaha. giler lah. malas betul aku ni dulu. berkat kena rotan dengan mak abah, kena lagi rotan dengan cikgu sampai birat tangan. berkat mereka sha dapat tengok A dalam slip keputusan tu. terima kasih semua

dulu dulu kalau kena rotan ke kena denda dengan cikgu kat sekolah, jangan harap balik tu nangis jurai air mata ngadu kat mak abah dengan harapan mak abah marah cikgu tu balik. dalam mimpi pon jangan haraplah. sebab end up nanti kau yang kena tibai balik dengan dyorang. hahaha. kalau sedih sangat, paling tak pon boleh mengadu kat kembar je lah. dia lah yang memahami. mau tak faham, kalau kena denda tu mesti berdua lah. ini lah namanya peneman sehidup semati kan, hahahaha. sawitt sangat!

masuk alam menengah dah kurang dah kena marah dengan cikgu. tapi of couse tetap kena rotan kena denda even sikit sikit pon. malas sangat nak siapkan kerja sekolah dulu. result PMR tak merasa pon A. langsung tak. tapi nak dekat dekat A tu banyak la. memang tak sangka dalam malas malas bodoh bodoh pon boleh lagi dapat result macam tu. rezeki namanya. tapi itulah kalau dah nama manusia ni mana pernah nak puas. bila orang tanya PMR dpt berapa A. bila jawab tak de mula lah nak tunjuk mata slack dia tu. haih. nasib kecik lagi masa tu so tak boleh nak tumbuk biar tertutup terus mata tu.. this kind of people lah buat budak budak yang corot makin kurang keyakinan diri. kenapa nak expect semua budak kena semua A baru dia pandai. baru dia boleh masuk U. baru dia boleh berjaya. low life betul kalau masih wujud orang mcm tu zaman sekarang.

finally my SPM. orang tua ckp SPM ni lah penentu segalanya. penentu masa depan kau. penentu kau punya kerja. penentu kau boleh kahwin ke tak. haha. okay ni tipu. actually the real one is penentu pandangan orang terhadap kau.. thats it! kalau kau tak dapat A. then kau lah manusia terbodoh sedunia. then semua org pandang serong kat kau. takde pon yang nak ucap tahniah sebab dah usaha. takde pon nak fikir apa yang kau kena hadap sepanjang kau belajar. yang dyorang taw cuma judge result akhir kau tu je. urgh! geram rasa. sepanjang tingkatan 4 my math bukan tahap average dah. tapi tahap kritikal masuk ICU. tak pernah lulus. satu apa pon tak faham. gradient tu apa. kalau 2 square apa jawapannya pon tak tahu apa. tahap mcm tu lah. nasib baik ingat lagi 1 + 1 = 2. kalau tak memang nazak.. masuk tingkatan 5 alhamdulillah baru start faham apa yang dipelajari mula tingkatan 1 sampai 4. baru nak faham tu. bayangkan betapa lambatnya sha belajar. berkat dapat cikgu handsome! hoih! hahaha. okay memang cikgu tu hensem siap marah marah merajuk tak nak masuk kelas mengajar lagi bila student masuk kelas lmbat. haha. soo sawit. cikgu yang tak putus asa, yang sanggup ajar dari mula, yang ajar perlahan lahan smpai student yang lembab mcm aku ni boleh faham. dan cikgu yang buat keputusan math aku berubah warna. berkat cikgu ni lah aku merasa B dalam slip SPM aku. tu pon orang cakap apesal B. bodohnya kau! apesal bukan A. paling tak kena kata pon, tak de sorang yang ckp tahniah! shafa berjaya ubah result shafa. hahaha. funny right?
btw terima kasih cikgu fauzi dari smk batu 10 sebab tak jemu ajar kami satu kelas :D

and then NOW. mana pergi orang yang cakap kalau SPM tak dapat A kau tak boleh masuk U. tak boleh nak hidup. meh sini aku tunjuk yang aku sekarang berjaya buktikan kau salah. i dont care yang ckp ni orang tua ke muda ke. u should change u mentality. mentality mcm kau lah yang buat anak anak muda takut nak ke depan. DO CHANGE OK!

see me. pelajar corot dalam kelas finally dpat Dean List Award in Engineering Technology okay. and kalau kau nak komen alah ape lah sangat. Teknologi je pon. memang senang la nak graduate. nak cemerlang. hands on je kan.. oh please shut your mouth!

thanks you :)
thanks Allah.
thanks Mak Abah
Thanks adik adik
thanks kawan
and
Thanks Love. =D

eh! belon...