Thursday, 20 July 2017

WHY?

Assalamualaikum.

Hai.

Setiap perjalanan aturan Allah.
Setiap pertemuan perpisahan kerana Allah.

Tapi whatever it is.
Tetap kita soalkan.
Kenapa?

Kenapa ia jadi.
Kenapa tak jadi macam yang dirancang?
Kenapa kita berjumpa
Kenapa kita berpisah
Kenapa sekarang?
Kenapa tak boleh buat?

Jawapan: sebab kita manusia.

Berlawan dengan kata hati, berlawan dengan nafsu, berlawan dengan diri sendiri. Bukan benda mudah.
Logik kata jangan, hati kata buat.
Lagi tak baik, lagi meronta nak juga.

Logik kata, jangan contact, jangan mesej, jangan jumpa. Terima seadanya
Hati sebaliknya.

Bunyi simple.
But we know better.

Good night.
Assalamualaikum

Thursday, 18 May 2017

My First Discovery Scuba Diving

Assalamualaikum.

Hai All. Grinning Face With Smiling Eyes on Apple

After more than years aku tak update blog. Finally I've got the reason to update. yeay!
so now, while we waiting for tiah habis kerja. let me story my first SCUBA DIVING experience.
syok bak hang.

First of all, lot of thanks to Alumni Unikl for giving us a chance to join this activity. Another great moment was added in my timeline.

Aktiviti ni kitorang buat kat Kampung Salang, Pulau Tioman. First time naik feri jauh giler. Tanjung Gemok - Kampung Salang almost 3 hours. nasib den tak mabuk laut. hahaha
Sampai hari sabtu, relaks2, goyang kaki, pergi dating.. eh! hahaha. sempoi habis lah. rehatkan badan sebab jumaat malam lepas habis kerja terus gerak naik bas kan.

Scuba start hari ahad. So our Instructor name is Rayyan. Manis kot muka dia.. cair je rasa. hahahaha. tapi sebab dah pergi berdua kan. kena la cover. hehe. okay tipu.
Ahad pagi tu group aku first sekali start dalam pukul 9.45 gitu. start lewat sikit sebab rayyan ada client pagi2 buta lagi. hotsuff der dia. hahaha.
Simple briefing by him, explain pasal semua equipment yang penting dan yang kitorang kena alert. also several techniques yang penting. teori je mula2 so aku macam alahh... "senang gila. kacang je tu. setakat nafas ikut mulut tahan hidung. apalahh sangat. small the pieces lah!" Mamat tu siap pesan pasal first important thing is dapatkan rhythm breathing dengan betul. In..... Out... In... Out.... and me at the moment "apa ke hal nak bernafas pon kena ada rhythm bagai. for real?" tapi muka dan mata masih kekal menghadap rayyan. hahahaha. konon fokus. sombong. Orang tu punya lah banyak pengalaman, yang aku boleh plak deny tu deny ni dalam kepala otak. dan kemudian... padan muka! hahaha

dalam setengah jam kemudian, masa ditunggu pon tiba. dengan angkuh nya dalam hati berkata "Okay! aku boleh buat! aku kan suka adventure kemain ni." maka dengan itu pergilah aku memakai segala nenek equipment dia. mula2 pakai weight belt dalam hati dah cakap " peh, okay berat." Then pakai pula vest tank dia tu ke apa tah nama dia, memory ku tak kuat untuk ingat semua nya. Nak google malas. Maaf. Pakai tu kena duduk, so lepas semua dengan semangat aku bangun. Fuhh waktu tu tak tahu la nak describe perasaan dia macam mana. Berat is okay. Aku biasa bawak berat. Tapi bila berat campur sakit sebab dia tekan pinggang aku, den rasa nak nangis kat situ jugak. Tapi aku kan kuat, hahahaha. Layan kan je sakit tu sambil jalan terbongkok bongkok. Tak boleh tegak langsung.

Maka dengan itu kami berjalan menuju laut dengan gagah perkasa, bila air dah cecah pinggang baru aku boleh tegak. Magik kan? Hahaha. Tak payah nak magik sangat, pi belajar teori fizik sains sana k. 😏

Kitorang stop bila air dah cecah dada, pakai mask, pakai regulator. Breath in breath out sikit. Sebab masa tu dah siap2 tekan inflator valve, terapung je la semua kan. Seronok je dah macam snorkel.

The moment dia suruh kitorang angkat tangan kiri tinggi2 sambil tangan ready nak tekan purge valve, aku dah nervouse 😔. Semua tenggelam bila dia bagi arahan tekan button tu. first moment bahagian mask aku masuk air, aku panic. Aku rasa mask bocor padahal mainan perasaan je. Aku rasa ada air dalam hidung. Bila dah cecah dasar, dia suruh fokus untuk bernafas dengan isyarat tangan dia. Breath in breath out. Tapi aku kan panic nervous, tak boleh nak fokus. Lupa segala benda yang dia ajar. Yang aku tahu masa tu nafas aku sangkut. Padahal aku yang tahan nafas. Hahahaha. Dah start sesak nafas, tanpa sedar aku cabut regulator tadi dari mulut lalu dengan itu terkapai kapai lah aku sebijik macam dalam tv bila orang lemas. 😅 Sambil mengharapkan rayyan perasan. Hahahaha. Then dia kan instructor, of course la dia selamatkan aku. Feeling waktu tu uishh rasa macam aku lah snow white yang terjaga bila putera raja cium 😎. Ceh. Hahaha. Tapi aku punya part takde lah cium2 k. Gila kau. Dalam aku terkapai elok je dia datang tekan inflator valve tu biar aku terapung sambil pegang aku. Sempat jugak lah dalam otak aku fikir "ala bongoknya aku, apehal lupa pasal menantang ni. Xde lah aku beria terkapai kapai tadi". 😫

Dah sampai surface, first warning dia bagi. "Jangan sesekali cabut regulator ni! Apa pon jadi jangan cabut!" Aku waktu tu... Oohhh haii. Hensem plak mamat ni sambil cakap " okay, sorry". Hahahaha. K tipu. Mati la nak kalau fikir gitu. 😜
Ijan jangan risau k. Hehe 😘

So inilah First dive aku yang agak dramatik.

Total, 3 percubaan aku perlukan untuk menyelam tanpa perlu timbul kembali ke atas. sakit nak kontrol panic, but at least aku berjaya. hahaha. masa kat bawah tu, rayyan tanya okay ke tak guna hand signal, aku dengan natrah kejap tunjuk okay kejap tunjuk problem. hahaha. pening mamat tu.

ada 3 skills kitorang kena pass before dia bawak kitorang dive area dalam sikit. not sure berapa meter tapi cukup untuk layan coral dengan nemo.

first skills, Breathing Rhythm. hat ni laa paling aku fail sampai kena naik atas 3 kali lah. for real, kalau kau panic plus nervous, keep breathing. jangan jadi macam aku pi tahan nafas. memang menempah lah namanya kan. hahaha.

second skills, Regulator recovery. hat ni aku berjaya buat. tapi perlukan masa. tapi aku berjaya juga dalam sekali percubaan! haha. chaiyok shafa.. ni dia suruh kita cabut regulator dari mulut, lepas kan, dah tu buat technique untuk dapatkan regulator tu balik kat tangan lalu masuk ke dalam mulut. masa tu aku dah macam " gila ke hang, tadi hang pesan jangan buang regulator ni walau apa pon jadi. la ni hang nak aku cabut plak dengan rela hati. uishh. tak rela nok!" tapi sebab dalam air kita tak boleh cakap. aku buat lah juga lepas beberapa kali buat hand signa; kat rayyan " sekejap! i need time. trauma tak habis lagi". hahahaha.

last skills is Mask Clearance. hat ni aku power sebab masa mula mula dive tadi kan panic lah apa lah rasa air masuk mask lah. so awal2 lagi aku dah buat mask clearance ni. first attempt buat memang fail habis lah. air menyerbu masuk mask kot. kau faham menyerbu? apak terkejut. hahaha. tu juga salah satu punca aku perlukan 3 kali percubaan untuk dive.

dan akhirnya sampailah kami ke tempat coral. sumpah cantik! dengan nemo berenang renang lagi. tapi aku ni jenis kena fokus kalau tak aku panic then mesti aku lupa nak bernafas. so setiap kali panic menyerang, aku tekan regulator kat mulut pasai takut aku cabut keluar lagi, duduk diam, dan bernafas. and sebab tu aku tak banyak gambar dalam air, selalu duduk sorang2 cuba fokus nak bernafas. sedih cek.

bagi aku lama juga lah kitorang dive. dari 10.15 gitu sampai 11.30. hat ni termasuk dengan sesi lemas terkapai tadi lah kan. haha.

okay now, enjoy the my moment okay =D
peace beria padahal tahan panic lagi. haha

cuma dalam air mampu berbalet. hik

yang belah kiri hujung tu lah rayyan. hehe. belah kanan sekali tu sayang. eh!



dok tekan regulator takut tercabut keluar lagi sekali. keh keh


alumni Unikl + UKM

coral

bye tioman

dinner with along, friends and love. eh! ada rayyan juga. haha

k jeles, ijan pandai dive





view cantik, gaya tak. hmm

finally! i can breath normally!




after third attempt dive, masih cuba control panic

aku start menaip pukul 6 tadi kat ofis sementara tunggu tiah habis kerja. dan baru habis cerita sekarang 8.20 kat rumah. main sambung menyambung pula kan. haha.

till next time bebeh.
mungkin next entry aku cerita pasal pengalaman snorkelling aku campur pengalaman kena marah dengan ijan kaw2 sebab snorkel. hahaha.

bye. =)

Assalamualaikum.

nota kaki: hai ijan, kita saja je sebut rayyan tu rayyan ni. tapi awak tetap dihati. eceh! hahaha. Thanks for be there while I'm creating this memory. and sorry lupa nak kejut awak pukul 8.00 tadi. kita leka update blog lah. drive safe sayang. hehe.

Kampung Salang,
Pulau Tioman,
13 - 15 May 2017

#RS❤

Wednesday, 18 November 2015

pelajar corot dapat DEKAN.

assalamualaikum.

dulu masa tadika sampai darjah dua report card cantik aje. takde lah tahap cemerlang gemilang terbilang, tapi serius pen merah tak de lah nak cium report card kita tu.. balik rumah nak bagi mak abah pon boleh senyum lebar lagi. tapi sayang cerita bahagia ni tak memanjang bahagia je kan. itu lah yang jadi kat sha.. haihh..

masuk je darjah tiga sampai habis sekolah rendah mula lah nampak bayang bayang pen merah cium report card kitaa tu.. mula mula sikit, sha pon redha lah. niat nak bagi report card tu cantik. takde lah satu warna je. senadaa je. dull betul! bosan hambar. hahaha. lama lama nah kau tanpa segan silu peperiksaan awal tahun, tengah tahun mahpun akhir tahun. merah je aku dapat esp bagi subjek math. sungguh out of service betul otak sha bila berkaitan matematik. sudahnya dari kelas ke tiga dari 7 kelas diakhiri dengan kelas ke lima pada hujung hujung nak hanis sekolah rendah tu. masa tu mula lah rasa rendah diri yak mat. senyap aje. tak pandai menyembang. jalan pon tunduk bawah je. bila kena panggil dengan cikgu ke depan mula lah janutung dup dap dup dap terlebih mcm jumpa cinta pertama. hoih! nervous giler. mak abah pon tak expect anak dia ni boleh berjaya dalam mata pelajaran. alhamdulillah UPSR merasa juga lah A. dapat laa kita 2A 3C. mampu lah juga buat mak abah tersenyum sebab mesti diorang tak expect anak dia yang tak pernah lulus ni tapi lulus juga akhirnya. berkat doa mak abah, berkat cikgu cikgu denda jalan itik, lompat katak, berdiri atas kerusi tak cukup kerusi atas meja plak. tak cukup dengan tu kena angkat kerusi letak atas kepala. berdiri depan kelas tak pon pergi lah lari lari anak kat padang sekolah tu. hahaha. giler lah. malas betul aku ni dulu. berkat kena rotan dengan mak abah, kena lagi rotan dengan cikgu sampai birat tangan. berkat mereka sha dapat tengok A dalam slip keputusan tu. terima kasih semua

dulu dulu kalau kena rotan ke kena denda dengan cikgu kat sekolah, jangan harap balik tu nangis jurai air mata ngadu kat mak abah dengan harapan mak abah marah cikgu tu balik. dalam mimpi pon jangan haraplah. sebab end up nanti kau yang kena tibai balik dengan dyorang. hahaha. kalau sedih sangat, paling tak pon boleh mengadu kat kembar je lah. dia lah yang memahami. mau tak faham, kalau kena denda tu mesti berdua lah. ini lah namanya peneman sehidup semati kan, hahahaha. sawitt sangat!

masuk alam menengah dah kurang dah kena marah dengan cikgu. tapi of couse tetap kena rotan kena denda even sikit sikit pon. malas sangat nak siapkan kerja sekolah dulu. result PMR tak merasa pon A. langsung tak. tapi nak dekat dekat A tu banyak la. memang tak sangka dalam malas malas bodoh bodoh pon boleh lagi dapat result macam tu. rezeki namanya. tapi itulah kalau dah nama manusia ni mana pernah nak puas. bila orang tanya PMR dpt berapa A. bila jawab tak de mula lah nak tunjuk mata slack dia tu. haih. nasib kecik lagi masa tu so tak boleh nak tumbuk biar tertutup terus mata tu.. this kind of people lah buat budak budak yang corot makin kurang keyakinan diri. kenapa nak expect semua budak kena semua A baru dia pandai. baru dia boleh masuk U. baru dia boleh berjaya. low life betul kalau masih wujud orang mcm tu zaman sekarang.

finally my SPM. orang tua ckp SPM ni lah penentu segalanya. penentu masa depan kau. penentu kau punya kerja. penentu kau boleh kahwin ke tak. haha. okay ni tipu. actually the real one is penentu pandangan orang terhadap kau.. thats it! kalau kau tak dapat A. then kau lah manusia terbodoh sedunia. then semua org pandang serong kat kau. takde pon yang nak ucap tahniah sebab dah usaha. takde pon nak fikir apa yang kau kena hadap sepanjang kau belajar. yang dyorang taw cuma judge result akhir kau tu je. urgh! geram rasa. sepanjang tingkatan 4 my math bukan tahap average dah. tapi tahap kritikal masuk ICU. tak pernah lulus. satu apa pon tak faham. gradient tu apa. kalau 2 square apa jawapannya pon tak tahu apa. tahap mcm tu lah. nasib baik ingat lagi 1 + 1 = 2. kalau tak memang nazak.. masuk tingkatan 5 alhamdulillah baru start faham apa yang dipelajari mula tingkatan 1 sampai 4. baru nak faham tu. bayangkan betapa lambatnya sha belajar. berkat dapat cikgu handsome! hoih! hahaha. okay memang cikgu tu hensem siap marah marah merajuk tak nak masuk kelas mengajar lagi bila student masuk kelas lmbat. haha. soo sawit. cikgu yang tak putus asa, yang sanggup ajar dari mula, yang ajar perlahan lahan smpai student yang lembab mcm aku ni boleh faham. dan cikgu yang buat keputusan math aku berubah warna. berkat cikgu ni lah aku merasa B dalam slip SPM aku. tu pon orang cakap apesal B. bodohnya kau! apesal bukan A. paling tak kena kata pon, tak de sorang yang ckp tahniah! shafa berjaya ubah result shafa. hahaha. funny right?
btw terima kasih cikgu fauzi dari smk batu 10 sebab tak jemu ajar kami satu kelas :D

and then NOW. mana pergi orang yang cakap kalau SPM tak dapat A kau tak boleh masuk U. tak boleh nak hidup. meh sini aku tunjuk yang aku sekarang berjaya buktikan kau salah. i dont care yang ckp ni orang tua ke muda ke. u should change u mentality. mentality mcm kau lah yang buat anak anak muda takut nak ke depan. DO CHANGE OK!

see me. pelajar corot dalam kelas finally dpat Dean List Award in Engineering Technology okay. and kalau kau nak komen alah ape lah sangat. Teknologi je pon. memang senang la nak graduate. nak cemerlang. hands on je kan.. oh please shut your mouth!

thanks you :)
thanks Allah.
thanks Mak Abah
Thanks adik adik
thanks kawan
and
Thanks Love. =D

eh! belon...



Wednesday, 5 March 2014

We Hate You FRIEND..

assalamualaikum w.b.t

eehhh... adakah ini serius? benarkah ini berlaku? ohmaii!! am i dreaming??  *gosok gosok mata tampar tampar muka

haip haipp.. tak payah nak tampar tampar muka gosok gosok muka bagai laa.. ini benar benar berlaku. blog yang anda sedang lawati ketika ini telah berubah wajah. fuyooo... berwarna warni bagai. pening orang tengok. iyollaaa kan. dulu dok merah hitam merah hitam je. tepu da mata kita ni dok tngok. 

baiklah.. diatas adalah dialog dialog igauan sha yee.. hanya igauan semata. tak de makna orang nak terkejut stakat backgroung dgn header je tukar baru, puih! nak update entry pon malas. piiraahh! hahaha. tengok la last update entry bilaa.. tiga bulan lepas ok. tiga bulan tu... apelah kau buat sha oii.. nak kata menghada buku bagai. alam maya je tu smua! hahaha..

okey okey. dengan ini berhenti la sy disini membuat kata kata yang karut tu yee.. haihh sha ni. umur dah tua. masih lagi tak matang. hoi hoi... entry sha kali  ni agak hot kan? yekeee.. yep! mmg sha nak buat entry ni jadi hot pon.. nak sngt kawan kawan sha yang baca ni terasa dalam dalam. eh jap. sape kawan sha... buat buat tanye plak kan. korang lah. so baca, hadap, dan cuba hadamkan apa yang sha cuba sampaikan ok. btw dear.. take positive first. jangan mudah melatah. bnda ni common sngt. slalu berlaku disekeliling kitaa.. even sha sndri tanpa sedar dn sedar buat bnda yang sama. ini adalah peringatan untuk kita bersama. yelaa. i kan sayang you.. so nak la sama sama berubah. ihik! =)

WE HATE YOU FRIEND? kawan... dibenci.. what is that. kata kawan. knape benci? haihh.. tak realistik langsung.. but that's happen ok. benda yang ridiculous nak mampus ni jgak yang jadi skg ni. menyedihkan.. dan kenapa WE..  KAMI ?? tak kan nak letak I plak kan. kang korang ingt bnda ni fokus kat diri sha plak kan. sedangkan this is REALITY. its happen to everybody. huhuhu

sentiasa rasa diri sendiri betul, tak nak terima pendapat orang lain, atau mungkin culture shock? yelaa, tak pernah popular. tetiba naik.. nah kau. langsung tak boleh orang lebih dari diri sndiri. lagi malang bila orang yang cuba sampaikan pendapat atau apa juga yang dia buat langsung kita tak boleh terima.. lalu dengan itu, muncul lah bunyi bunyi yang tak sedap didengar kluar dari mulut. smua sedia maklumkan. benda buruk,, memang cepat tersebar pn. dan smua sedia maklum.. orang yang dengar nya pn sangat lah bodoh kerana percayakannya.. what? BODOH! giler lah kau sha. kasar kot ayat tuu.. yes. kau bodoh sebab kau dengar benda buruk pasal seseorang, lepas tu kau buat orang tu musuh kau. kau tak sedar ke dia langsung tak de buat salah dengan kau? sebab khabar angin atau mungkin fitnah. terus dia jadi musuh kau juga. tu bodoh pertama kau dapat. yang paling bodoh nya bila kau percaya tanpa kau bertanya dua dua belah pihak. kau dengar sebelah pihak je. terus kau buat kesimpulan ckp orang tu betul betul salah. hahaha. dan dengan bangga nya kau sebarkan benda yang kau tak tahu betul atau tak tu kat orang lain. dosa free kau dapat, pahal free kau bagi dia. baiknya kau. and you guys know what, tahap parah kene gilis lori nya bila benda ni terjadi dalam satu kumpulan, satu team, satu kawan, satu malaysia... err.. satu malaysia? just leave itt.. hahaha. orang orang macam ni tak tahu lah nak gelar ape. bahasa kasar nya " kau xde telur ke?" fuhh.. kasar der.. kau tak puas hati dengan kawan kau. depan depan, punya lah kau baik.. sweet sngt. seolah sahabat sehidup semati. yang patut mati tu adalah kau yang sedap sebar fitnah. depan depan blh bersalam, senyum and mungkin berpeluk. belakang belakang nah kau. laju mulut kau mengata. kalah shutter gun. hahahaha. 

kalau dalam satu kumpulan korang nak singkirkan seorang yang korang sngat tak suka. pergilah hadap dia.. bkn buat cerita, sebar fitnah sana sini. cakap benda yang kau ckp tu betul. and guys yg dgr rumors tu.. please change ur mind. set up 'tanya dua belah pihak,baru buat keputusan'.. for those yang tukang smpaikan rumors tu... pergilah bersemuka dgn orang yang kau tak puas hati. wayang kulit korang ni sungguh tak lawak even bnda ni mampu buat korang tertawa. paling koman pn. klau xbrani nak face to face. jgn lah menfitnah dn sebar cerita bkn2 kalau kau sndri tak pasti apa yg dia buat betul atau tak.. ingat lah. yang jadi mangsa kau tu manusia...ade hati ade perasaan. boleh down bila kawan sendiri jatuhkan dia.. kau kejam. dan sila berhenti jadi kejam. kalau nak masuk neraka sangat. jangan heret orang lain dengan sebar crita dn buat org lain percaya dan sebar cerita yang sama. pergi terjun sorang sorang ckuplah.. 

lagi satu.. buat kerja secara profesional boleh tak? kalau anda tak suka seseorang, kenapa mesti tak suka orang yang berkaitan dengan dia juga. sampai main nama mak bapak bagai. hoii. kalau orang kutuk mak bapak kau.. kau marah tak? so ingt dia juga sama. tambah lagi. bila berkaitan dengan kerja, pastikan tolak tepi soal peribadi. kalau dah ade satu kumpulan, jangan lah buang atau pulaukan orang orang yang anda tak suka then buat satu kumpulan yang baru. bullshit derr. hanya orang tak profesional dan bodoh buat kerja macam ni. 

dan lagi...benda lawak yang berlaku masa kini bila korang yang berkawan, depan depan peluk cium bagai...tapi bila belakang belakang.. saling mengata satu sama lain. dedahkan semua keburukan dia. hoi hoi... ni baru lawak antarabangsa... smua orang taw korang lah kawan yang paling sweet sedunia. tp dalam masa yang sama, smua orang tahu jgak korang lah badut yang diikhtiraf book of records weyh....haihh.. tak tahu nak cakap ape dah. tp rasa macam nak maki maki je orang macam ni.. haihh.. sha ni pn truk jugak kan... 

nak baca lagi cerita cerita lawak ni? okey2. ade lagi satu.. dulu orang tu lah kau paling sayang, paling suka, paling rapat..tapi bila muncul satu masalah, yang melibatkan orang tu down bila cerita buruk dia tersebar, yang kau sendri tak tahu betul atau tak. tp even betul pn.. bkn hak kau join manusia manusia lain bang dia..bila dia susah. kawan lah yang dia perlukan untuk support dia. guide dia semula..bknnya kawan yang dia perlu mengharap time dia susah lagi menyusahkan dia...kau pulak yang lagi baik hati bagi modal kat pengata pengata dgn dedahkan smua kburukan dia spanjang kau kenal dia.. bravo dear!  ada juga kes, orang yang dulu kau kata, kau kutuk, kau benci.. dan juga kau fitnah dengan bangganya..kau buat kawan baik lepas kau hilang kawan. atau lepas hanya dia yang rapat dengan kau..

actually this entry not only to provok u guys, nak buat korang terasa sia sia.. tapi nak juga ajak korang berubah... sebab dalam sedar atau tak. sha juga tergolong dalam golongan bodoh lagi bullshit ni... sha juga antara orang yang pernah percaya cerita sbelah pihak and buat kesimpulan bodoh bodoh je.. suka tngok orang yang sha tak suka sakit dn sedih bagai lah. well. that is dark past of me.. i wanna change. and hope u all can change too. jom kita sama sama reset mind kita dan jangan sentiasa anggap apa yang kita buat tu betul dan orang suka. kalau tak puas hati,. face to face dan hentikanlah fitnah menfitnah.. kalau tak tahan sangat nak bawak mulut. pergila jumpa kaunselor. cerita smua kat diaa ok. sbb dia akan jaga rahsia kita mahupun rahsia orang yang kita cerita tuu.. memang bkn smua orang yang kita tak suka tu buat betul. dan tak juga semua salah. tapi jangan senang menfitnah, bawak cerita, bawak mulut, percaya fitnah dn apa shaja yang seangkatan dengannya, cukuplah.. dont be haters, but be likers. done!

remember.. what goes up must goes down! apa yang kita buat Allah lihat. apa shaja niat kita. pastikan semua kerana Dia.. In Shaa Allah. kita akan terhindar dari hasutan syaitan. Stay positive and Smile =D

saje nak interframe time korang tengah hot =) peace

kalau ade yang tak puas hati tentang entry sha kali ni. jom face to face. weee... maaf diatas terlalu banyak kata kata kasar diatas..tapi kadang kadang kita perlu jadi straight supaya orang panas. bila dia panas means dia terasa.. dn bila dia terasa. In Shaa Allah dia akan berubah. hihi

p/s: saya adalah calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 14/15 Unikl Mfi.. doakan yang terbaik untuk saya. bahang pilihanraya kampus memang terasa.. fuh... =)